Fon Telinga Huawei Freebuds Pro 2 Diperkenalkan

Huawei Freebuds Pro 2 telah dilancarkan dengan kekuatan pada sistem audio yang ditala Divialet. Ini adalah ciri yang sama digunakan pada pembesar suara bluetooth Sound Joy dan Sound X sebelum ini. Ia menggunakan rekaan fon telinga nirwayar dari jenis dalam telinga rekaan badan bertangkai panjang seperti model sebelum ini.

Sepasang pemandu audio digunakan dengan padanan tiga mikrofon terbina. Selain itu, tiga mod pembatalan hingar dengan kemampuan menapis hingar sehingga 47 db turut disertakan menggunakan ciri Intelligent dynamic ANC 2.0. Mod Ultra misalnya direka untuk benar-benar membatalkan hingar seperti dalam kabin pesawat. General untuk ruang terbuka biasa dan Cosy pula untuk menghalang desiran kipas dan pendingin hawa di rumah.


Sokongan audio beresolusi tinggi dan kemampuan kalis air IP54 juga boleh didapati melaluinya. Audio boleh dinikmati menggunakan TWS ini menggunakan codec LDAC.

Dengan sekali caj, fon telinga ini boleh beroperasi sehingga 6.5 jam dan meningkat ke 30 jam dengan bantuan pod pengecas. Huawei Freebuds Pro 2 boleh didapati dalam tiga pilihan warna seperti Ceramic White, Silver Frost dan Silver Blue. Harga jualan untuk pasaran Malaysia belum diumumkan setakat ini.

0/komen