Gempar Objek Jatuh Dari Langit


Penduduk Sarawak gempar kewujudan objek di langit menghasilkan dentuman kuat dan jatuh ke bumi awal pagi tadi.


Video dan gambar objek tersebut tular di media sosial dikongsikan penduduk Sarawak yang menyaksikan kejadian itu.

Setengah  penduduk merasa gegaran di dalam rumah dan bunyi itu seperti guruh berdentum.

Nampak cantik tetapi dalam masa sama, menakutkan.Penduduk di  kawasan berkenaan  di minta menjauhinya jika terjumpa.

Terdapat goresan awan panjang dipercayai sisa wap air terbentuk daripada haba panasnya di atas kawasan Kuching atau mungkin sekali ia berkecai di situ.

Letupan yang kuat didengari apabila jasad logam terbakar menembusi atmosfera basah yang tumpat dan sisa dipercayai jatuh di wilayah antaranya Bekenu, Miri, Brunei, Limbang, Lawas serta Beufort dan bahagian selatan pantai barat Sabah.

Laporan media antarabangsa, pakar-pakar astronomi Amerika Syarikat (AS) mendakwa bahawa penggalak roket China yang dilepaskan di luar kawalan akan meluncur kembali ke Bumi.

Saintis-saintis juga mengesahkan serpihan tersebut mungkin jatuh di kawasan berpenduduk di Asia, Afrika atau Amerika Utara.

Serpihan angkasa lepas yang didakwa akan melanggar Bumi itu berasal daripada roket Long March 5B yang dilancarkan pada 24 Julai lalu untuk menghantar modul Wentian ke Stesen Angkasa Lepas Tiangong milik China.
 

0/komen