Kepala Ular Dalam Makanan Ketika Penerbangan


Pramugara sebuah syarikat penerbangan tambang murah  Turki terkejut apabila menemui kepala ular dalam makanan untuk dihidangkan kepada penumpang   pada Khamis lalu.

Kejadian semasa penerbangan dari Ankara ke Dusseldorf, Jerman itu disedari apabila kakitangan tersebut membuka bungkusan makanan dalam penerbangan.

Dia terkejut menemui kepala ular dalam keadaan seperti sedang merenung tajam ke arahnya.

Dakwaan tersebut mendorong kru kabin  lain mengadu mengenai keadaan makanan  teruk yang diterima oleh SunExpress. 

Sebelum ini, kru penerbangan pernah menemui kumbang dan siput babi dalam makanan penumpang.

SunExpress yang berpangkalan di Antalya dalam satu kenyataan berkata, perkara itu  tidak boleh diterima sama sekali.

Menurut mereka,adalah keutamaan nya  untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada penumpang dan pengalaman penerbangan yang selamat buat kakitangan SunExpress.

Dakwaan mengenai keadaan makanan seperti  dilaporkan media adalah tidak boleh diterima, justeru, siasatan terperinci akan dilakukan.

Dalam pada itu, syarikat katering yang menyediakan makanan tersebut, Sancak Inflight Services mendakwa bahawa hidangannya dimasak pada suhu 280 darjah Celsius dan menafikan insiden itu berlaku di dapur kendaliannya.

SunExpress merupakan pelanggannya yang amat bernilai. 

Pihaknya  tidak menggunakan sebarang objek asing yang tidak sepatutnya semasa proses memasak.

Syarikat berkenaan turut mendakwa bahawa kepala ular itu telah dimasukkan ke dalam makanan pada satu tarikh kemudian.
 

0/komen