Sebuah konvoi bom tentera Britain yang dipercayai membawa empat peledak nuklear di lihat bergerak di jalan raya dari Berkshire ke Scotland.
Deretan kenderaan tersebut dirakam di jalan utama M74 arah utara, kira-kira 48 kilometer dari Glasgow.
Satu lagi konvoi membawa bom dilihat melakukan perjalanan selama dua hari dari Aldermaston/Burghfield ke Coulport di Loch Long. Setiap lori mungkin membawa dua peledak nuklear..
Menurut Organisasi Nuke Watch lagi, pihaknya menyiarkan kerana percaya masyarakat setempat yang berisiko terkesan, perlu diberitahu mengenai kewujudan dan risiko ditimbulkan oleh konvoi berkenaan.
Konvoi yang turut diiringi van polis itu dipercayai telah menamatkan perjalanannya sebelum gambar tersebut dikongsikan kepada netizen.
Situasi itu mewujudkan kebimbangan kepada sebilangan pengguna Twitter.
Mereka perlu mengambil lebih banyak langkah perlindungan berbanding hanya menempatkan sebuah van polis,kata seorang pengguna Twitter. Namun, dia diberitahu oleh Nuke Watch bahawa terdapat kenderaan pengiring lain, namun tiada dalam skop rakaman tersebut.
Menurut laporan sama, pengangkutan kepala peledak nuklear di Britain bukan sesuatu luar biasa.
Namun Nuke Watch berkata, sekiranya kargo tersebut meletup, ia akan melepaskan zarah-zarah yang boleh menyebabkan kanser.
Dalam satu kemalangan serius, radius sekitar 548 meter akan terjejas dengan letupan dan serpihan bahan letupan.
Apa yang lebih berbahaya adalah letupan tersebut boleh memberi kesan dengan menyebarkan zarah radioaktif dalam lingkungan beberapa kilometer.
Zarah radioaktif yang dibebaskan oleh plutonium tidak memberi risiko serius jika kekal di luar badan, namun sekiranya partikel itu ditelan atau dihidu, ia boleh menyebabkan kanser, kata organisasi tersebut.
Catat Ulasan