Makan Strawberi Dapat Bantu Otak Sihat



Sekumpulan saintis di Universiti Rush, negeri Illinois mendedahkan tabiat makan strawberi boleh membantu melindungi otak daripada penyakit Alzheimer (nyanyuk).

Pakar-pakar  kesihatan mendapati strawberi bertindak mengurangkan keradangan pada otak yang biasanya ditemui dalam kalangan pesakit Alzheimer.

Kumpulan penyelidik itu mendapati orang dewasa berumur lebih 65 tahun yang kerap makan strawberi mempunyai sedikit protein ‘tau’ di dalam otak mereka. Protein itu dalam jumlah berlebihan boleh membawa kepada penyakit Alzheimer

Strawberi adalah salah satu sumber utama pelangonidin yang mempunyai manfaat antiradang. Lain-lain makanan yang mempunyai fungsi sama adalah raspberi, kacang ginjal, plum dan lobak.

Bagaimanapun, saintis-saintis memberi amaran bahawa kajian itu berbentuk pemerhatian dan tidak dapat membuktikan sama ada strawberi sebenarnya yang melindungi daripada penyakit itu atau faktor lain.

Menurut  kata pakar neuropatologi yang mengetuai kertas kajian, Dr. Julie Schneider,pihaknya  mengesyaki sifat antiradang pelargonidin boleh mengurangkan keradangan saraf yang mungkin mengurangkan pengeluaran sitokin.

Sitokin ialah protein dihasilkan oleh sel manusia yang boleh mencetuskan tindak balas keradangan.

Keradangan pada  otak juga mungkin disebabkan oleh banyak faktor lain termasuk kurang tidur, jangkitan dan tekanan yang melampau. Ini juga merupakan faktor risiko untuk mengaktifkan penyakit Alzheimer.

Ahli epidemiologi pemakanan, Dr. Puja Agarwal yang turut terlibat dalam penyelidikan itu berkata,  ia adalah perubahan mudah dan  boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dalam diet mereka

0/komen