Seorang lelaki yang berkunjung ke rumah wanita pilihannya dengan niat untuk meminang tetapi mereka dikahwinkan di tempat kejadian.
Wanita itu telah merakamkan detik dia berkahwin dengan suaminya.
Menurutnya, keluarga kedua-dua belah pihak pada awalnya mengadakan pertemuan bertujuan untuk meminang.
Bagaimanapun, pertemuan serba ringkas di ruang tamu sebuah rumah itu bertukar menjadi majlis akad nikah.
Selepas berbincang, bapa wanita itu segera bersetuju dengan lamaran pilihan hati anaknya yang juga pertama kali ditemuinya. Mereka segera dikahwinkan di hadapan ahli keluarga yang lain.
Niat untuk melamar serta memperkenalkan bakal suami, ternyata terus dinikahkan oleh bapanya. Padahal ini pertemuan pertama bakal suami bersama keluarganya.
Rakaman seterusnya memaparkan detik pengantin lelaki menyarung cincin pada jari pengantin perempuan.
Pengantin tidak perlu acara mewah, yang penting keberkatan.
Catat Ulasan