Minta Wang Pampasan Kerana Bekas Teman Lelaki Curang


Seorang wanita  meminta ‘wang pampasan’ berjumlah £100 (RM530) daripada bekas teman lelakinya kerana berlaku curang sehingga hampir menyebabkan dia dijangkiti penyakit kelamin.

Issy Oakley yang berasal dari Britain berkata, hubungan  dengan bekas teman lelakinya tidak berakhir dengan baik apabila wanita berkenaan sedar dia hampir dijangkiti penyakit kelamin.

Justeru, dia menghantar pesanan ringkas kepada lelaki itu sambil meminta wang berjumlah £100 (RM530).

Bekas teman lelakinya bertanya mengenai alasan dia perlu membayar wang tersebut.

“Disebabkan kamu curang kepada saya dan hampir menjangkiti saya dengan penyakit kelamin,” balas Issy.

Lelaki itu kemudian bersetuju dan menjawab bahawa dia menimbang permintaan Issy.

Tidak lama selepas itu, lelaki berkenaan menghantar tangkap layar menunjukkan pengesahan transaksi wang kepada Issy seperti diminta oleh wanita berkenaan.

0/komen