
Sepasukan penyelidik di Amerika Syarikat membangunkan sejenis pelitup muka N95 baharu yang bukan sahaja berfungsi mengurangkan penyebaran Covid-19, malah membunuh virus itu apabila mengenai peralatan tersebut.
Pelitup muka hasil ciptaan penyelidik dari Institut Politeknik Rensselaer itu juga berpotensi untuk dipakai lebih lama.
Penyelidik berkenaan berpendapat ciptaan itu adalah langkah pertama ke arah peralatan perlindungan diri yang tahan lebih lama.
Menurut kata Edmund Palermo dari Institut Politeknik Rensselaerla boleh membantu mengurangkan penghantaran patogen bawaan udara secara umum.
Menerusi penyelidikan yang diterbitkan baru-baru ini dalam jurnal Applied ACS Materials and Interfaces, pasukan itu berjaya mencantumkan polimer antimikrobial spektrum luas pada penapis polipropilena yang digunakan dalam pelitup muka N95.
Catat Ulasan