Pemuzik Jalanan Belasah Pelancong


Seorang pemuzik jalanan di kota Jogjakarta  membelasah seorang pelancong yang sedang makan kerana enggan memberikan wang kepadanya.

Dalam kejadian  kelmarin, pemuzik jalanan berkenaan dikatakan membelasah pelancong tersebut yang sedang makan di sebuah gerai sekitar Hotel Harper.

Tiada seorang pun individu lain yang berada di lokasi kejadian tampil membantu pelancong tersebut.

Pemuzik jalanan berkenaan akhirnya melarikan diri selepas mangsa melempar batu ke arahnya.

Pemuzik jalanan di sekitar kawasan Jalan Malioboro perlu diberi amaran agar berkelakuan sopan supaya tidak mengganggu ketenteraman para pelancong. 

Sikap mereka boleh merosakkan imej Jogjakarta sebagai kota pelancongan.

Dalam pada itu, Ketua Perhubungan Awam Polis Jogjakarta, Asisten Komisioner Polis Timbul Sasana Raharja mengesahkan pihaknya sedia maklum mengenai insiden tersebut dan telah menemui mangsa.

Bagaimanapun Timbul berkata, mangsa enggan membuat laporan polis mengenai kejadian itu. 
 

0/komen