Sewaktu pelancaran Perodua Alza 2022 yang berlangsung pada 20 Julai 2022, Perodua memaklumkan telah menerima lebih 30,000 unit tempahan bagi MPV generasi kedua ini sejak 23 Jun lalu. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 65% pelanggan memilih model spesifikasi penuh 1.5L AV.
Dalam masa yang sama, Perodua turut mengumumkan daripada lebih 200,000 unit tempahan bagi pelbagai modelnya, 15% daripadanya adalah Alza 2022 ini.
“Kami memberi jaminan kepada para pelanggan yang menempah Alza serba baharu ini pada atau sebelum 30 Jun 2022, mereka akan menerima kenderaan yang ditempah sebelum 31 Mac 2023 iaitu tarikh akhir pendaftaran bagi kenderaan yang menerima pengecualian SST.
“Kami menyasarkan produksi bagi Alza 2022 ini adalah sebanyak 3,000 unit sebulan. Justeru, tempoh waktu menunggu untuk para pelanggan yang telah menempahnya adalah sekitar 10 bulan,” kata Presiden dan CEO Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad.
Produksi Alza 2022 ini telah pun bermula pada Jun dan dengan adanya bilangan stok yang telah disiapkan, penghantaran awal dijangka lebih tinggi. Malahan Zainal Abidin turut mendedahkan Perodua “boleh mendaftar sekitar 4,300 unit untuk bulan ini” walau pun pada hakikatnya pendaftaran dan penghantarannya hanya bermula seawal hari pelancaran berkenaan.
“Untuk Alza, jika mengikut pengiraan, dengan 30,000 tempahan, 3,000 unit produksi untuk sebulan, 10 bulan untuk tempoh waktu menunggu. Tetapi jangan risau, bulan ini kami akan cuba untuk mendaftar lebih 4,000 unit dan akan berusaha untuk menambahkan produksi bagi memenuhi permintaan,” jelasnya lagi.
Tambah beliau, “Selain jumlah produksi, apa yang paling penting sekarang ialah bagaimana untuk menghantar dan membolehkan pelanggan menikmati pengecualian SST bagi tempahan sebelum atau pada 30 Jun 2022.”
Perodua Alza 2022 didatangkan dengan tiga varian iaitu model asas 1.5L X yang berharga RM62,500, RM68,000 untuk varian 1.5L H dan model spesifikasi tertinggi, 1.5L AV pula berharga RM75,500. Kesemuanya adalah harga atas jalan dengan SST dan tanpa insurans. Jaminan lima-tahun diberikan secara standard.
Diklasifikasikan sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV), Alza 2022 ini dipadankan dengan enjin 1.5 liter Dual VVT-i NA empat-silinder dengan kuasa mencecah 105 hp dan tork 138 Nm pada 4,200 rpm. Ia turut digandingkan bersama kotak gear D-CVT automatik.
Kecekapan penggunaan minyak juga didakwa 40% lebih baik, di samping prestasi keseluruhan yang lebih baik. Eco Idle ditawarkan sebagai ciri standard.
Perodua Alza 1.5X 2022 – Harga RM62,500
Ciri standard:
Mekanikal
Enjin 1.5 liter Dual VVT-i dengan Eco Idle
Transmisi automatik D-CVT
Brek dram untuk bahagian belakang
Luaran
Lampu utama LED dengan fungsi “follow-me home”, “leaving home”
Cermin sisi larasan kuasa dengan lipatan manual
Lampu isyarat cermin sisi LED
Lampu belakang LED dengan kemasan seakan lampu pada pintu tailgate
Dalaman
Kerusi fabrik
Nisbah lipatan kerusi baris tengah 60:40, mekanisme satu-sentuhan
Nisbah lipatan kerusi baris belakang 50:50
Kawalan pendingin hawa digital di depan
Kawalan pendingin manual di belakang, dengan corong
Paparan multi-info LCD
Pemain audio standard tanpa skrin sentuh
Empat pembesar suara
Keselamatan
Enam beg udara
ABS, EBD, Brake Assist, Hill-start Assist, VSC
Sensor parkir belakang
Advanced Safety Assist (ASA)
Amaran Pra-Perlanggaran
Brek Pra-Perlanggaran (AEB, untuk kenderaan dan pejalan kaki)
Kawalan Salah Operasi Pedal
Amaran Pergerakan Depan
Amaran Penukaran Lorong
Penghindaran Penukaran Lorong
Lampu Tinggi Automatik
Perodua Alza 1.5H 2022 — Harga RM68,000
Tambahan:
Mekanikal
Mod pemanduan (Eco, Normal, Sport)
Luaran
Cermin sisi lipatan automatik
Lampu depan automatik
Lampu kabus LED
Lampu belakang LED dengan lampu sebenar pada pintu tailgate
Dalaman
Perehat tangan
Paparan pelbagai-info 7.0-inci TFT
Pemain audio dengan skrin sesentuh 9.0-inci
Enam pembesar suara (termasuk tweeter)
Keselamatan
Kamera undur
Sensor parkir depan
Lampu depan Adaptive Driving Beam dengan lampu isyarat sequential
Perodua Alza 1.5AV 2022 — Harga RM75,500
Tambahan:
Mekanikal
Brek parkir elektronik (EPB) dengan Auto Brake Hold
Brek cakera di bahagian belakang
Luaran
Skirt sisi
Gril hadapan kemasan hitam berkilat dan krom
Dalaman
Papan pemuka,panel pintu dan tempat duduk dua-tona (hitam-merah)
Konsol tengah dengan bezel krom dan kemasan perak
Konsol perehat tangan lebih tinggi bersama pada sentuhan lembut
Upholsteri balutan gabungan fabrik dan kulit
Pemain audio dengan skrin sesentuh 9.0-inci dengan hubungan Android Auto
Keselamatan
Kawalan Melayar Adaptif
Kawalan Mengekalkan Lorong
Peninjau Titik Buta
Penggera Lintasan Trafik Belakang
Peninjau pandangan panoramik 360-darjah
Setuju tak dengan review Alza 2022 ni?
BalasPadamCatat Ulasan