
Satu spesies ketam baharu dinamakan Lamarck dromia beagle berbeza dengan ketam lain kerana meliputi badannya dengan ‘topi’ yang dikikis daripada makhluk laut lain.
Bentuk penyamaran itu membantu ketam Lamarck dromia beagle bersembunyi daripada pemangsa laut lain.
Pendekatan itu menyerupai ketam hermit yang menggunakan cengkerang keras siput. Ketam beagle sebaliknya mengambil pelepah lembut daripada bunga karang untuk dijadikan topi.
Spesies baharu itu adalah sebahagian daripada keluarga ketam span. Ia ditemui selepas terdampar di pantai dekat bandar Denmark, Australia Barat.
Kegebuan (ketam) ini menyebabkan ia spesies baharu dan bukannya ketam span biasa.
Menurut kata Andrew Hosie dari Muzium Australia Barat lagi,ketam span juga berbulu tetapi lebih nipis dan bukannya berbulu lebat seperti ini.
Ketam beagle menggunakan kaki belakang untuk menghasilkan topinya.
Oleh kerana perlu mencari topi untuk melidungi dirinya, ketam itu akan memilih perairan dan terumbu karang cetek berbanding kawasan laut yang lebih dalam.
Penemuan spesies baharu itu telah didokumenkan dalam jurnal Zootaxa bersama 31 spesies ketam span lain
Catat Ulasan