Sebuah helikopter meletup semasa melakukan operasi menyelamat di sebuah pusat peranginan ski popular di Georgia.
Helikopter itu berpusing-pusing di ruang udara sebelum melanggar lereng sebuah gunung dan meletup. Ketika kejadian, helikopter itu digunakan dalam misi untuk menyelamatkan dua paraglider yang terkandas.
Pasukan kecemasan berada di dalam helikopter itu ketika nahas berlaku.
Nahas itu berlaku di Gudauri yang merupakan pusat peranginan ski popular untuk aktiviti luncur angin dan paragliding pada musim panas.
Lima orang berada di dalam helikopter itu termasuk dua juruterbang dan tiga pekerja penyelamat.
Selain kru helikopter, terdapat anggota paramedik dan pegawai perubatan Kementerian Dalam Negeri.
Catat Ulasan