Seorang lelaki warga emas di wilayah Kamphaeng Phet, Thailand tidak percaya apabila bil elektrik terbaharunya mencecah hampir 10,000 baht (RM1,229).
Lelaki tersebut pula terpaksa membuat pinjaman untuk membayar bil elektriknya pada bulan ini.
Menurut bil yang dikeluarkan Pihak Berkuasa Elektrik Metropolitan (MEA) itu, isi rumahnya yang terdiri daripada tiga orang, menggunakan 1,976 kilowatt jam (kWh) elektrik pada bulan ini, yang berjumlah 9,177 baht (RM1,128) secara keseluruhan.
Keluarganya menghubungi MEA untuk mendapatkan pengesahan sama ada bil itu betul dan menurut MEA, ia betul. Pada kebiasaannya, isi rumah itu menggunakan 158 hingga 200 kWh elektrik sahaja.
Warga emas itu tinggal bersama anak saudara perempuannya, Plernpit Li, 57, dan anak wanita itu.
Plernpit berkata, dia menjual susu untuk menyara hidup dan pendapatannya tidak stabil kerana hanya mendapat 300 baht (RM36) sehari.
Menurutnya, mereka bergantung kepada pencen bapa saudaranya untuk membayar tenaga elektrik tetapi bil itu terlalu tinggi.
Warga emas itu meminta supaya dia boleh membayar bil tersebut secara ansuran tetapi MEA menolaknya. Jika ingin membayar secara ansuran, dia perlu melunaskan bil tersebut dalam tempoh tiga bulan.
Seorang wakil MEA pergi ke rumah warga emas itu untuk menyiasat bil berkenaan. MEA tidak menemui kerosakan pada meter elektrik tetapi menjangkakan bil tersebut meningkat disebabkan oleh kebocoran kuasa.
Bumbung rumah itu diperbuat daripada keluli dan wayar yang terletak di atas bumbung secara berselerak boleh menyebabkan elektrik bocor, kata seorang pekerja MEA di Wilayah Kamphaeng, Sanae Wonthip,.
Seorang juruteknik akan melawat rumah itu untuk membetulkan kebocoran. Tetapi, MEA berkata warga emas itu masih perlu membayar 9,177 baht untuk bil bulan Julai.
Catat Ulasan