Pengunjung sebuah taman awam di negeri Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS) terkejut apabila melihat seorang kanak-kanak perempuan yang berjalan bersama aligator peliharaannya.
Kejadian berlaku di taman Love Park di Philadelphia itu dirakam pada Jumaat lalu. Ia memaparkan kanak-kanak itu berjalan bersama reptilia tersebut yang cuba menyejukkan badannya di lopak air.
Aligator bernama Wally itu memakai kolar pada leher. Maklumat pada kolarnya menyatakan bahawa Wally adalah haiwan peliharaan berlesen.
Wally kelihatan sangat mesra dengan orang lain di taman tersebut dan membiarkan orang tidak dikenali membelainya.
Pemiliknya, Joie Henney adalah seorang pencinta reptilia yang memelihara beberapa ekor aligator. Tidak jelas siapa yang berjalan bersama Wally pada hari kejadian.
Menurut Henney dalam satu temu bual tentang Wally,beliau mengalami kemurungan yang teruk dan Wally membawa dia keluar daripada emosi tersebut.
Henney berkata, Wally didaftarkan secara persekutuan sebagai haiwan sokongan emosi dan mendakwa bahawa aligator adalah lebih mudah dilatih berbanding anjing.
Catat Ulasan