Bina Kereta Api Lego Paling Banyak Gerabak


Seorang remaja di New Zealand mencipta rekod dunia  dengan  membina kereta api mainan mempunyai 101 gerabak menggunakan blok permainan Lego.

Menurut Alexander Blong, 14, dia mendapat inspirasi untuk mencipta rekod tersebut selepas  berasa bosan semasa New Zealand melaksanakan perintah berkurung Covid-19 sebelum ini.

Alexander berkata,  dia turut mendapat ilham  membina kereta api Lego itu daripada filem Hollywood kegemarannya,  Snowpiercer.

Beliau berasa bosan dan kebanyakan orang hanya menonton Netflix. 

Terdapat sebuah filem ditayangkan yang amat beliau gemari bertajuk Snowpiercer, berkisarkan mengenai sebuah kereta api panjang yang bergerak mengelilingi dunia.

Tambah Alexander, dia mengambil masa 50 jam untuk membina kereta api sepanjang 24.9 meter itu.

Usaha tersebut berbaloi apabila Guinness World Records mengesahkan kereta api mainannya mempunya  gerabak paling banyak sekali gus mengatasi rekod terdahulu sebanyak 32 gerabak.

Menurutnya lagi,kejayaan ini amat hebat dan memberikan inspirasi kepadanya  untuk terus memasang impian serta menghasilkan projek yang lebih besar.
 

0/komen