Burger Ulat Penyelesai Masalah Kebuluran


Satu kajian baharu menyatakan bahawa ulat yang diproses  menjadi daging burger dan dicampur gula boleh menjadi penyelesaian kepada masalah kebuluran di dunia.

Saintis-saintis Korea Selatan mendakwa bahawa makanan berasaskan cacing dan kumbang larva  adalah hidangan yang asli dan selamat untuk dimakan.

Menurut mereka, memakan serangga menjadi pilihan yang baik  kerana protein yang terkandung di dalam haiwan tersebut boleh membantu menyelesaikan masalah kekurangan bekalan makanan berikutan penduduk dunia yang semakin ramai.

Dalam projek yang diketuai oleh Dr. Hee Cho dari Universiti Wonkang itu, perubahan terhadap pengambilan makanan dan jenis makanan  akibat populasi yang semakin meningkat, membawa kepada potensi  penghasilan burger ulat larva.

Beliau berkata,  burger itu juga boleh membantu dalam isu alam sekitar.

Baru-baru ini, tabiat memakan serangga adalah sesuatu yang menarik susulan peningkatan kos protein haiwan di samping keperluan untuk memulihara alam sekitar.

Serangga adalah sumber makanan yang berkhasiat dan sihat serta mengandungi asid lemak, vitamin, mineral, serat dan protein berkualiti tinggi setara dengan daging.

Mealworm atau hidangan ulat  mengandungi asid amino penting yang bermanfaat dan tinggi dalam asid lemak tak tepu.

Saintis-saintis  percaya bahawa populasi dunia akan meningkat kepada 9.7 bilion diramalkan pada  2050. Tegas mereka,  penghasilan gas metana oleh ternakan lembu mendorong keperluan untuk mencari alternatif kepada daging lembu. 
 

0/komen