Dakwa Hilang Duit Dalam Bank Hampir RM12,000


Dua beranak kehilangan duit simpanan mereka dalam akaun bank keseluruhan berjumlah hampir RM12,000 selepas mendakwa menekan satu pautan iklan kerja berkaitan perkhidmatan mencuci rumah.

Nurul Azilawati Abu Khalid, 34, kerugian RM500 manakala ibunya, Habsah Johari, 53, kehilangan wang simpanan sebanyak RM11,300 pada 18 Ogos lalu.

Menurut Nurul Azilawati, sebelum kejadian itu, dia menekan satu pautan mengenai iklan kerja perkhidmatan mencuci rumah di laman Facebook.

Beliau tertarik dengan iklan tersebut dan mereka memberikan pautan untuk membuat pembayaran yuran sebanyak RM15.90. 

Bagaimanapun transaksi dalam talian terbabit tidak berjaya. Jadi, dia hubungi kembali ejen iklan dan dimaklumkan akaun milik bank mereka dalam proses naik taraf. Mereka meminta beliau gunakan akaun bank lain namun tetap gagal membuat transaksi.

Mereka kemudian memberitahu akan membuat semakan. Beliau rasa tidak sedap hati dan terus memeriksa akaun sendiri dan miliknya. Beliau berdua hilang duit tersebut.

Menurut Nurul Azilawati, hasil semakan mendapati sebanyak RM500 dalam akaunnya dipindahkan untuk transaksi Touch' n Go sedangkan dia tidak berbuat demikian bahkan tiada menerima notifikasi TAC.

Beliau yang merupakan peniaga kuih,telah memeriksa akaun ibunya dan mendapati ia digunakan untuk empat pemindahan melibatkan dua transaksi sebanyak RM10,000 atas akaun seorang lelaki dan selebihnya dua transaksi berjumlah RM1,300 untuk Touch' n Go.

Secara keseluruhan ibunya kehilangan wang sebanyak RM11,300.

Anak beranak itu membuat laporan polis pada hari sama.

Beliau berasa sangat sedih  sebab duitnya itu hendak digunakan sebagai modal meniaga manakala duit ibunya pula hasil simpanan pencen miliknya.

Dalam pada itu Nurul Azilawati berkata, dia membuat laporan kepada pihak bank yang memaklumkan perkara tersebut dalam siasatan.

Penat memikirkan hasil kerja keras selama ini tiba-tiba hilang dengan begitu saja.

0/komen