Denda RM54 Jika ‘Kurang Ajar’


Sebuah pejabat pos di England menjadi tular apabila memberi amaran akan mendenda pelanggan yang berperangai biadap.

Papan tanda diletakkan di pejabat pos terbabit yang berbunyi ‘Jika anda menjengkelkan,menyakitkan hati atau kurang ajar, bayaran £10 (RM54) akan ditambah untuk melayan kerenah tersebut.

Perkara tersebut di anggap  sebagai satu gurauan biasa dalam kalangan penduduk Britain.

Jurucakap Pejabat Pos berkata, pihaknya telah berbincang mengenai perkara tersebut dengan pengurusan pejabat pos berkenaan.

Pihaknya telah bercakap dengan pihak pengurusan yang memberitahu mereka meletakkan papan tanda itu sebagai gurauan dengan pelanggan.

Munurut kata jurucakap tersebut,pasangan yang menjalankan perkhidmatan cawangan ini sangat mementingkan komuniti dan popular dalam kalangan penduduk disebabkan jenaka mereka.
 

0/komen