Dugong Diisytiharkan Pupus


Dugong telah diisytiharkan “pupus fungsi” di China minggu lalu selepas penyelidik dari Persatuan Zoologi London dan Akademi Sains China gagal menemui kewujudannya di Laut Selatan China sejak 2008.

Status pupus fungsi diberikan spesis yang belum benar-benar disahkan pupus kerana ia mungkin masih dalam habitat liar tetapi ia tidak mencukupi untuk meneruskan kelangsungan spesis. Spesis yang sama juga masih wujud di zoo. Kajian dilakukan di 66 lokasi komuniti nelayan di Hainan, Guangxi, Guangdong dan Fujian dengan hanya sebilangan kecil responden menjawab mereka melihat dugong liar sebelum 2008.

Habitat dugong di China mengalami kemusnahan akibat pembangunan manusia dengan rumput laut yang menjadi bahan makanan semakin berkurangan. Aktiviti nelayan juga mengakibatkan kematian dugong apabila mereka dilanggar.
 

0/komen