
Tular di media sosial Indonesia ,seorang gadis berusia 19 tahun dikahwinkan dengan ketua kampung kerana ibunya gagal membayar hutang.
Gambar pertama menunjukkan seorang ketua kampung bergambar sambil tersenyum bersebelahan dengan gadis yang berwajah muram dan tidak bermaya.
Dalam gambar kedua, beberapa wanita dipercayai saudara-mara dan keluarga gadis itu turut bergambar bersama-sama.
Seorang pengguna media sosial bernama Dewi Shinto mendedahkan perkara sebenar mengenai perkahwinan itu. Menurutnya, ibu gadis itu berhutang dengan ketua kampung tetapi tidak dapat melunaskan bayaran.
Ketua kampung kemudian mahu mengahwini anaknya supaya hutang dilangsaikan.
Secara tidak langsung menjual anak.Ternyata drama di televisyen juga berlaku di kehidupan nyata.
Catat Ulasan