Kisah Nabi Ibrahim Dan Menantunya


Mari kita menyingkap kembali sejarah Nabi Ibrahim sewaktu baginda menziarahi menantunya. Pada waktu itu puteranya Nabi Ismail tiada dirumah sedangkan isterinya belum pernah bertemu dengan mertuanya, Nabi Ibrahim. Apabila sampai di rumahnya terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya....

Nabi Ibrahim : 

Siapakah kamu?

Menantu : 

Aku isteri Ismail

Nabi Ibrahim : 

Dimanakah suami mu, Ismail?

Menantu : 

Dia pergi berburu.

Nabi Ibrahim : 

Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga ?

Menantu : 

Oh kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh tidak penah senang dan lapang)

Nabi Ibrahim : 

Baiklah! Jika suami mu pulang sampaikan salamku padanya, katakan padanya tukar tiang pintu rumahnya (kiasan untuk menceraikan isterinya)

Menantu : 

Ya baiklah

Setelah Nabi Ismail pulang dari berburu ,isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka....

Nabi Ismail : 

Adakah apa yang ditanya oleh orang tua itu?

Isteri : 

Dia bertanya tentang kehidupan kita....


Nabi Ismail : 

Apa jawapanmu?

Isteri : 

Aku ceritakan kita ni orang susah, hidup kita ni selalu dalam kesempitan tidak penah senang...

Nabi Ismail : 

Ada dia pesankan apa-apa?

Isteri : 

Ya ada, dia pesan supaya aku menyampaikan salam kepadmu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu...

Nabi Ismail : 

Sebenarnya dia tu ayahku, dia menyuruh kita berpisah. Sekarang kembalilah kepada keluargamu...

Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. 

Tidak lama selepas itu Nabi Ismail berkahwin lagi,setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Mekah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Terjadi lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.

Nabi Ibrahim : 

Dimana suamimu?

Menantu : 

Dia tiada dirumah,dia sedang berburu

Nabi Ibrahim : 

Bagaimana hidupmu sekeluarga mudahan dalam kesenangan

Menantu : 

Syukur kepada Tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera tiada apa yang kurang.

Nabi Ibrahim : 

Baguslah kalau begitu

Menantu : 

Silalah duduk sebentar, boleh saya hidangkan sedikit makanan

Nabi Ibrahim : 

apa pula yang kamu nak hidangkan?

Menantu : 

ada sedikit daging,tunggulah saya sediakan minuman dahulu

Nabi Ibrahim : 

( berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku berkatilah mereka dalam makan minum mereka. Baiklah nanti bila suami mu pulang sampaikan
salamku kepadanya. Suruhlah dia kekalkan tiang pintu rumahnya (kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail)

Apabila Nabi Ismail pulang seperti biasa dia bertanya sekiranya ada sesiapa yang datang mencarinya.

Nabi ismail : 

Ada sesiapa datang semasa ketiadaan aku dirumah

Isteri : 

Ya ada seorang tua yang baik rupanya dan perwatakan sepertimu

Nabi Ismail : 

Apa katanya?

Isteri : 

Dia bertanya tentang hidup kita

Nabi Ismail : 

Apa jawapanmu...

Isteri : 

aku nyatakan kepedanya hidup kita dalam keadaan baik tiada apa yang kurang, aku ajak dia makan dan minum.

Nabi Ismail : 

Ada dia pesan apa-apa?

Isteri : 

Ada, dia kirim salam buatmu dan suruh kekalkan tiang pintu rumahmu...

Nabi Ismail : 

Oh begitu...sebenarnya dialah ayahku..tiang pintu yang dimaksudkannya itu ialah dirimu yang diminta untuk kekalkan....

Isteri : 

Alhamdulillah..syukur...

Bagaimana pandangan anda tentang petikan sejarah ini...sejarah ini sungguh menyentuh jiwakan...

( dipetik dalam buku bertajuk 70 sifat lelaki dan wanita yang perlu diketahui)
 

0/komen