Ahli arkeologi menemui runtuhan istana, bangunan besar dipercayai sebuah bandar kuno setelah air di empangan Mosul, Iraq mengering secara mendadak!
Mereka syak ia merupakan peninggalan Empayar Mittani yang terletak di sekitar Sungai Tigris. Kota itu bernama Zakhiku.
Menurut pakar arkeologi Jerman, bandar yang tenggelam di dasar sungai itu berjaya ditemukan apabila air surut disebabkan kemarau melampau yang melanda Iraq.. Menurut Hasan Qasim dari Pertubuhan Arkeologi Kurdistan…
“Proses cari gali menunjukkan bahawa tapak ini adalah pusat penting Empayar Mittani,” Manakala Pakar arkeologi dari Universiti Freiburg, Ivana Puljiz menjelaskan, proses cari gali berlangsung beberapa hari sahaja.
“Penemuan beberapa bahagian binaan tinggi diyakini memainkan peranan penting bagi Empayar Mittani.”
Difahamkan proses penemuan bandar purba di dasar empangan itu telah dilakukan sekitar Januari dan Februari lalu.
Catat Ulasan