
Kubota Glasses menyasarkan individu yang mempunyai isu myopia aksial dimana rabun berlaku kerana bentuk mata yang menjadi bujur. Kerana mata dipaksa untuk memfokus kepada objek lebih dekat dengan kerap, tekanan menyebabkan mata menjadi semakin mujur sehingga menyebabkan mata menjadi semakin rabun jauh.
Jadi bagaimana Kubota Glasses merawat myopia aksial? Lampu dipancarkan ke retina pemakai. Ini akan membuatkan objek dekat kelihatan kabur dan memaksa lensa mata untuk memfokus objek jauh. Ini menurut pencipta Kubota Glasses, akan membuatkan myopia aksial dirawat secara perlahan-lahan tanpa sebarang pembedahan.

Pada waktu ini Kubota Glasses telah dibenarkan untuk digunakan sebagai peralatan perubatan di Taiwan dan Amerika Syarikat. Bagi yang mengharapkan ia alternatif lebih murah kepada Lasik, sepasang kaca mata ini dijual pada harga 770,000 Yen (~RM25,727) di Jepun.
Catat Ulasan