Lempar Wang Sebagai Sedekah


Tular di Indonesia,seorang lelaki  dikatakan memberi sumbangan kepada anak-anak yatim dengan cara melempar wang.


Menerusi video init, kelihatan dua lelaki memanjat bumbung sebuah surau. 

Seorang daripada mereka berdiri lalu melempar wang kertas ke arah tetamu yang berada di bahagian bawah sambil diiringi oleh alunan muzik.

Wang-wang yang bertebaran itu kemudian menjadi rebutan sejumlah kanak-kanak yang dikatakan merupakan anak-anak yatim.

Kejadian yang berlaku di Pekalongan Selatan, wilayah Jawa Tengah itu turut disaksikan oleh sekumpulan penduduk tempatan yang turut hadir ke acara menyantuni anak-anak yatim tersebut.

Alangkah baiknya jika diberikan wang itu satu persatu kerana ia dilakukan pada majlis menyantuni anak-anak yatim.

Kalau niatnya untuk bersedekah, jangan buat begitu kerana ia tidak beretika dan menimbulkan riak.
 

0/komen