Lubang Misteri Di Chile


Sebuah lubang benam berdiameter kira-kira 25 meter (m) muncul di kawasan perlombongan di Chile, sekali gus mendesak pihak berkuasa untuk menyiasatnya dengan lebih terperinci.

Pekerja sebuah syarikat Kanada, Lundin Mining yang mengawal tapak perlombongan berhampiran Santiago menemui lubang benam itu apabila kembali bekerja selepas hujung minggu.

Tapak itu pada ketika ini sedang disiasat oleh perkhidmatan geologi dan perlombongan negara, Sernageomin dan beberapa pihak berkuasa berkaitan.

Menurut kata pengarah Sernageomin, David Montenegro,terdapat jarak yang agak jauh pada kedalaman kira-kira 200 m ke bawah. Pihaknya tidak mengesan sebarang bahan di bawah sana tetapi melihat kehadiran air yang banyak.

Tapak itu ditutup untuk siasatan lanjut dan dalam kenyataan mereka, Lundin Mining berkata, tiada pekerja yang hadir cedera atau terjejas oleh lubang itu.

Setelah dikesan, kawasan itu segera diasingkan dan pihak berkuasa kawal selia yang berkaitan telah pun diberitahu mengenai perkara itu. Tiada kesan kepada kakitangan, peralatan atau infrastruktur.

Menurut kata kenyataan rasmi syarikat itu,rumah terdekat adalah lebih 600 m dari lokasi lubang tersebut, manakala mana-mana kawasan berpenduduk atau perkhidmatan awam berada hampir satu kilometer dari zon terjejas.
 

0/komen