
Bendahara - Tamil Muslim
Shahbandar / jaga pelabuhan - Islam Gujerat
Jaga bandar - Benggali
Jaga luar bandar - Jawa
Dalam filem Melayu, Sultan memanggil Bendahara sebagai "Mamak Bendahara".
Adakah disebabkan Bendahara Melaka seorang Tamil Muslim ketika itu lalu dlm filem disebut Mamak Bendahara. Atau adakah memang ketika itu disebut demikian?
Dikatakan semasa Sultan naik takhta, beliau masih kecil lagi lalu pemerintahan kerajaan banyak dilakukan oleh Bendahara, iaitu Tun Mutakhir. Sebab itulah kuasa Bendahara agak besar.
Dalam catatan Portugis menyebut Bendahara adalah bapa saudara Sultan. Tidak diketahui sejauh mana rapatnya hubungan in.
Jika dirujuk perkataan "mamak" அம்மா
Am'mā dalam bahasa Tamil bermakna pakcik dari sebelah emak.
Di mana kedudukan orang Melayu ketika itu?
Dikatakan ada seorang Laksamana Melayu bernama Hang Tuah. Kewujudan Hang Tuah masih misteri tetapi jawatan Laksamana itu memang wujud.
Terdapat dalam catatan Ryukyu @ Okinawa, 樂索麻拿 (Lesomana - Laksamana) tetapi berperanan sebagai utusan Sultan. Adakah benar Laksamana ni seorang pahlawan?
Dalam catatan Ryukyu, Laksamana dan orang-orangnya lembik berlawan dengan lanun di perairan Champa. Nasib baik diselamatkan oleh orang Ryukyu.
Akhirnya Melaka yang dikatakan GAH dengan empayer besar dikalahkan oleh askar Portugis yang berjumlah 800 orang dengan bantuan 200 orang Malabari dalam SETENGAH HARI saja.
Ya, Portugis tawan jambatan di Sungai Melaka daalm serangan kali keduanya. Ranaplah Kesultanan Melaka.
Yang kita baca ada seorang pengkhianat membuka kota Melaka untuk diserang Portugis. Padahal masa tu Melaka belum ada kubu. Macam mana ada "pintu" pada kota Melaka.
Kita dengar pedagang China bantu Portugis untuk serang Melaka. Rupanya pedagang China ini tidak mahu meninggalkan pelabuhan sebab Sultan tidak mahu membayar bagi barangan yang diambil.
Sultan Mahmud berbelanja besar sebab mengadakan majlis perkahwinan diraja untuk puterinya dengan putera sultan Pahang di mana Sultan Pahang turut berangkat ke Melaka.
Sehinggalah Portugis datang kemudiannya dan membayar pampasan kepada pedagang China untuk gunakan jong China bagi pendaratan askar Portugis.
Dalam buku sejarah sebut kerja Temenggung ialah jaga keselamatan negeri. Mungkin juga merangkap macam Menteri Dalam Negeri & Menteri Pertahanan sekarang.
Tapi masa itu macam tak wujud jawatan Temenggung. Bahkan jawatan Bendahara juga semacam dah tak ada setelah Bendahara dibunuh oleh Sultan.
Semasa Diogo Lopes de Sequeira datang ke Melaka di tahun 1509 yang deal dengan Portugis ialah Bendahara.
Dua tahun kemudiannya ketika Afonso de Abuquierque datang mahu menyelamatkan 23 tawanan Portugis yang ditawan oleh Melaka iaitu orang-orang Lopes de Sequeiera, yang deal dengan Portugis ialah Tuan Bandar, orang Benggali.
Dalam setiap kali pertemuan Tuan Bandar bertemu dengan orang Portugis bagi menyampaikan percakapan atau surat dari Istana, beliau ditemani oleh Shahbandar, seorang Islam Gujerat.
Mungkin sekali Shahbandar adalah penguasa pelabuhan. Kerana ketika itu pedagang Gujerat dari Calicut, India adalah majoriti yang berdagang di Melaka.
Sebab masa tu Bendahara dah dibunuh oleh Sultan angkara fitnah dan percakaran pembesar istana.
Kita pun tak faham mengapa Bendahara merencanakan komplot utk membunuh orang Portugis yang menyebabkan Lopes de Sequeira bergesas meninggalkan Melaka. Kemudiannya 23 orang Portugis ditawan di Melaka.
Melaka bukan kuat pun, angkatan laut pun tak ada. Usah cakap angkatan perang nak lawan musuh.
Askar Portugis bukan guna senapang pun, mereka hanya ada meriam. Berperang guna pedang, tombak dan perisai saja.
Orang Melaka juga ada meriam dan senapang. Namun senapang adalah milik orang Islam Gujerat yg sama-sama turut membantu.
Senjata asas ialah pedang, tombak, anak panah dan buluh sumpitan.
Kalau nak ikutkan, pihak orang Melaka ada kelebihan berperang di tempat sendiri. Ada senapang, walaupun orang Islam Gujerat yang punya.
Tentera elit bergajah Sultan tak boleh pakai pun. Tumbang saja 2 ekor gajah yang lain lari lintang-pukang.
Putera Sultan, Alauddin mengetuai angkatan perang bersama adik iparnya, putera Sultan Pahang yang masih berbulan madu, seorang pengantin baru.
Kalau betul Melaka gah, di mana Laksamananya atau yang seangkatan dengannya? Ini dibiarkan putera Sultan dan pengantin baru yang pastinya dalam umur 20an untuk mengetuai peperangan.
Selepas Melaka tewas di tangan Portugis, Sultan Pahang bergegas pulang dengan gajahnya.
Kebocoran strategi pertahanan Melaka disalurkan kepada Portugis oleh Utimutiraja, ketua puak Jawa yang ditugaskan untuk mengawal luar bandar, Upeh. Beliau seorang pengkhianat yang bersifat talam dua muka.
Dengan corak pemerintahan yang carca-marba dan tiada pertahanan, tiada tunjang kuasa yg dipegang oleh orang-orang Melayu dari kalangan pembesar.
Itulah nasib Melaka. Cuba kita fikirkan dengan situasi sekarang.
Jika plot cerita ni dilakonkan dilayar perak tentu akan menandingi filem Mat Kilau .
Catat Ulasan