Miliki Timun Paling Panjang


Seorang lelaki di Southampton, Britain memecahkan Guinness World Records kategori tanaman timun terpanjang dengan catatan 1.1 meter.

Sebastian Suski yang merupakan seorang petani berkata, dia ‘membesarkan’ timun tersebut di kebunnya sejak 25 Mei lalu.

Menurutnya,menanam timun yang memiliki panjang luar biasa adalah berisiko dan rumit .

Jika kita memotongnya  terlalu cepat, kita tidak akan berjaya memecahkan rekod tetapi jika kita membiarkannya terlalu lama, kita akan memasuki zon bahaya kerana ia berisiko membusuk dan ‘meletup’.

Tambah Suski, rahsianya adalah menyiram timun itu menggunakan air suam berbanding air bersuhu normal pada setiap hari.

Lelaki itu juga mendedahkan bahawa tidak akan menjadikan timun itu  sebagai hidangan,  sebaliknya akan meletakkannya di bangsal pereputan untuk menyerap benihnya kembali ke dalam tanah.

Timun ini tidak sedap untuk dimakan kerana sudah terlalu masak jadi beliau biarkan ia mereput dan menjadi baja kepada tanaman baharu,” kata Suski..

Timun seberat 7.7 kilogram itu boleh dijadikan ramuan untuk 400 keping sandwic jika ia dipotong.
 

0/komen