Pahlawan Selempang Merah Menentang Pengganas Komunis


Kumpulan bersenjata orang Melayu di Batu Pahat, Johor.Kumpulan ini juga dikenal sebagai Tentera Sabil Selempang Merah dan ditubuhkan selepas tentera Jepun menyerah kalah pada bulan Ogos 1945.Kumpulan ini ditubuhkan oleh Haji Salleh Bin Abdul Karim yang lebih dikenali di kalangan anak muridnya sebagai Panglima Salleh atau Kiai Salleh.


 
Nama Selempang Merah merujuk kepada kain merah selebar empat inci yang bertulis dengan ayat-ayat suci al-Qur'an dan kain ini diselempangkan di bahu kanan sehingga ke bawah lengan kiri si pemakai.Kumpulan ini bersenjatakan parang panjang, senapang patah, keris, lembing, tombak dan lundang.Sebahagian besar anggotanya terdiri daripada masyarakat Melayu berketurunan Banjar dan Jawa.Panglima Salleh dikatakan seorang tokoh guru agama dan persilatan dan gemar mengamalkan beberapa ayat suci al-Qur'an serta bangkit menentang gerakan pengganas-pengganas Bintang Tiga yang telah banyak melakukan keganasan ke atas orang Melayu.



British kembali ke Tanah Melayu, Parti Komunis Malaya ( PKM ) melalui Malay People's Anti-Japanese Army ( MPAJA ) atau lebih dikenali sebagai Bintang Tiga telah keluar dari hutan dan menguasai pekan serta bandar-bandar utama di pantai barat Semenanjung selama 13 hari.Mereka telah bertindak ganas dan kejam dengan membunuh orang Melayu yang telah berkhidmat semasa pemerintahan Jepun atau disyaki memberikan kerjasama kepada Jepun.

Di samping itu, mereka turut memeras serta memaksa penduduk kampung supaya menyokong perjuangan mereka.Pada mulanya orang Melayu hidup dalam ketakutan kerana tidak ada usaha menyatukan tenaga bagi menbendung keganasan Bintang Tiga.

Penduduk kampung berasa tersinggung apabila Bintang tiga mula menghalang orang Melayu daripada menunaikan solat fardhu Jumaat.Di samping itu, perbuatan yang mencemarkan kesucian masjid seperti menyembelih babi di Masjid Air Hitam, Muar benar-benar menaikkan semangat orang Melayu untuk menentang Bintang Tiga.Akhirnya, beberapa pergerakan Melayu di negeri Johor, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan ditubuhkan bagi menjamin keselamatan bangsa Melayu.

Kumpulan Selempang Merah dibahagikan kepada tiga bahagian bagi mengawal kawasan Johor Selatan, Johor Utara dan Johor Timur.Setiap kawasan dipimpin oleh seorang kiai dan kepemimpinan keseluruhan dipegang oleh Panglima Salleh sendiri.Orang Melayi yang menyertai kumpulan ini perlu menunaikan segala anjuran yang berteraskan al-Qur'an.

Mereka juga dikehendaki menunaikan solat berjemaah di surau dengan dipimpin oleh ketua kawasan.Selepas solat isyak, mereka diajarkan beberapa ayat suci al-Qur'an untuk diamalkan dalam pelbagai situasi seperti sewaktu dalam perjalanan, sewaktu bertempur dan sewaktu melancarkan serangan balas.Selepas itu barulah mereka ditauliahkan selempang merah.Kemudian barulah mereka diuji oleh kiai masing-masing untuk memastikan sejauh mana mereka faham dan mengamalkan ajaran yang diberikan.

Para penuntut yang telah lulus ujian perlu mematuhi beberapa syarat seperti menjauhi segala bentuk maksiat, tidak boleh mencuri harta dalam peperangan, tidak boleh menzalimi orang yang tidak bersalah, wajib menunaikan solat fardhu dalam apa jua keadaan.Mereka yang melanggar syarat-syarat dipercayai akan mendapat kecelakaan sewaktu melancarkan serangan.

Serangan pertama Selempang Merah ke atas kawasan yang dikuasai oleh Bintang Tiga ialah Parit Sulong.Dalam serangan tersebut, Bintang Tiga mengalami kekalahan yang teruk, ramai pengganas-pengganas komunis Cina yang mati akibat dilibas dengan parang panjang.Selempang Merah sebaliknya tidak mengalami sebarang kecederaan.Para pahlawan Melayu Selempang Merah seolah-olah tidak terjejas walaupun dihujani peluru musuh.Rancangan seterusnya adalah untuk membantu penduduk Parit Jawa.Namun salah seorang pemimpin kawasan iaitu Kiai Masudi telah bertindak secara sendirian.

Saki-baki anggota Bintang Tiga yang mengetahui lebih awal sempat melarikan diri ke Bandar Maharani.Bintang Tiga telah mengerahkan ribuan anggotanya ke Parit Jawa bagi menghadapi Selempang Merah.Serangan tersebut tidak menghasilkan kemenangan buat PKM.Bintang Tiga kemudiannya bertindak-balas dan membunuh mana-mana orang awam yang berbangsa Melayu yang ditemui secara rambang.Permusuhan semakin merebak menjadi keganasan kaum yang tidak terkawal lagi.

Ekoran daripada kekejaman pengganas-pengganas komunis Cina ini, Selempang Merah menyusun strategi dan mahu melakukan serangan balas di Parit Jawa sekali lagi.Panglima Salleh juga bercita-cita untuk menghapuskan Bintang Tiga dan para penyokong fahaman komunis di Batu Pahat, Muar dan Semerah.Dalam perjalanan menuju Peserai, Kumpulan Tentera Sabil Selempang Merah telah berjaya dipujuk dan dihalang oleh Dato' Onn Jaafar yang meminta agar serangan balas tersebut dihentikan serta memberi jaminan bahawa masyarakat Cina sudah mendapat cukup pengajaran daripada tindakan orang Melayu.

Atas nasihat Dato' Onn, Panglima Salleh bersetuju menghentikan sebarang bentuk tindakan balas.

* Gambar Panglima Salleh ( Berkopiah Putih ) Yang Terkenal Dengan Kumpulan ' Selempang Merah ' Ketika Menentang Kekejaman Pengganas-Pengganas Komunis Di Batu Pahat, Johor.Gelaran Panglima Dikurniakan Oleh Sultan Johor Ketika Itu.

* Gambar Senjata Berupa Parang Panjang Dan Kain Berwarna Merah Yang Digunakan Sebagai Selempang Oleh Tentera Sabil Selempang Merah Bagi Menghadapi Bintang Tiga.

* Gambar Serangan Dan Kebakaran Yang Dilakukan Oleh 80 Orang Anggota Pengganas Komunis Di Pekan Simpang Tiga, Setiawan, Perak Menyebabkan 1, 000 Orang Awam Kehilangan Tempat Tinggal Pada 17 Mei 1958.Pengganas-Pengganas Komunis PKM Telah Menghuru-Harakan Kestabilan Tanah Melayu Selama 13 Hari Dan Menyebabkan Kehilangan Banyak Nyawa Serta Harta-Benda.


0/komen