Domino’s Pizza di Jepun mencipta kelainan apabila menugaskan pekerjanya menghantar tempahan makanan kepada pendaki yang kelaparan di puncak Gunung Fuji setinggi 3,776 meter.
Dilaporkan, caj penghantaran piza itu adalah RM500 kerana penghantar makanan perlu mengambil masa hampir enam jam untuk mendaki gunung tersebut.
Ianya bukanlah kali pertama penghantar piza menghantar makanan ke puncak gunung itu.
Uber Eats dan Demae Can juga turut mendaki gunung untuk menghantar pesanan pelanggan.
Difahamkan, tempahan makanan dari puncak gunung sudah menjadi trend di Jepun disebabkan pendaki kelaparan selepas lima ke tujuh jam mendaki gunung.
Bagaimanapun, situasi itu dilihat tidak adil kepada pekerja penghantaran serta menimbulkan persoalan kenapa mereka sanggup menerima tempahan tersebut
Catat Ulasan