Royal Caribbean mengesahkan mereka akan menggunakan sistem internet SpaceX Starlink pada semua kapal persiaran milik mereka. Keputusan diambil selepas kejayaan ujian yang dilakukan pada kapal Freedom of the Seas milik mereka sejak Jun yang lalu.
Starlink akan digunakan pada kapal di bawah Royal Caribbean International, Celebrity Cruises dan Silversea Cruises. Proses menaiktaraf perkhidmatan internet armada Royal Caribbean dijangka siap menjelang suku pertama 2023.
Sebelum berpindah kepada perkhidmatan Starlink, kelajuan internet di atas kapal adalah antara 3–5 Mbps dan kemudiannya meningkat ke 50–250 Mbps sekarang. Ini akan menyelesaikan isu internet yang perlahan di lautan sejak sekian lama.
Catat Ulasan