
Seorang suami di Indonesia tergamak meninggalkan isterinya seorang diri di hutan selepas wanita itu diserang strok kerana enggan lagi menjaganya.Kejadian di Cikampek, Jawa Barat.
Siapa yang mengenali wanita ini, sila hubungi keluarganya. Katanya sudah tiga hari ditinggalkan di dalam hutan oleh suami sendiri.
Hasil maklumat penduduk tempatan, wanita yang ditemui di dalam hutan itu bernama Ikah dan berusia 50 tahun.
Dia merupakan warga Desa Lewo Wetan di Kabupaten Garut, Jawa Barat.
Ketua Kampung Lewo Wetan, Nova Wylian mengesahkan Ikah pernah menjadi penduduk kampung itu namun telah berpindah ke Cianjur bersama suaminya.
Manakala punca Ikah ditinggalkan di dalam hutan adalah kerana suaminya sudah tidak mahu lagi menjaga wanita itu.
Nova berkata, selepas ditemui, Ikah dibawa ke hospital di kawasan Karawang untuk diperiksa keadaan kesihatannya.
Keluarga Ikah sudah diberitahu mengenai perkara tersebut dan telah menjemputnya pulang.
Catat Ulasan