Tergamak Saman Ibu Sendiri


Seorang wanita yang bekerja sebagai pegawai kerajaan di Aceh Tengah, Indonesia dilaporkan nekad memfailkan saman terhadap ibu kandungnya sendiri demi harta pusaka yang merupakan sebuah rumah mewah.

Wanita itu telah memfailkan saman berkaitan pertelingkahan rumah milik ibunya itu yang masih lagi hidup.

"Hari ini kami dibicarakan. Ini rumah yang dipertikaikan, ini rumah ibu saya. Ibu saya masih hidup. Ada dua anak derhaka yang ke sini untuk mengusir ibunya sendiri " kata wanita itu.

Difahamkan bahawa, ibu kepada wanita itu kini berusia 71 tahun.

Wanita tersebut juga turut menyaman adiknya supaya keluar dari rumah yang mereka duduki itu.

Sehingga kini, belum dapat dijelaskan lagi berkenaan mengapa wanita itu tergamak menyaman ibu kandungnya sendiri.

 

0/komen