Tower Bridge London Ditutup


Polis London terpaksa menutup Tower Bridge buat seketika selepas seorang lelaki memanjat monumen yang terkenal di ibu negara Britain itu.

Menurut Polis London di Twitter ,Tower Bridge kini ditutup kepada lalu lintas dan pejalan kaki kerana insiden yang berterusan dan memohon pengguna jalanraya  mencari laluan alternatif.

Penutupan jalan itu turut disahkan oleh aplikasi Jambuster yang berkongsi kemas kini pada pukul 8.28 malam (waktu tempatan).

Walaupun polis belum menjelaskan kejadian sebenar yang berlaku, rakaman menunjukkan seorang lelaki naik ke atas struktur sokongan biru dan putih di sisi jambatan menara itu.

Kelihatan ramai pejalan kaki berkumpul di atas jalan di mana polis telah menghalang mereka daripada melintas
 

0/komen