Ucap Terima Kasih Sebagai Lafaz Ijab Kabul


Tular di media sosial Indonesia seorang pengantin lelaki tersalah lafaz ijab kabul kerana terlalu berdebar semasa dinikahkan oleh bakal bapa mentuanya.


Melalui video ini  memaparkan pengantin lelaki menundukkan kepala ketika bersalaman dengan jurunikah yang juga bakal bapa mentuanya.

Selepas jurunikah selesai membacakan mas kahwin, pengantin lelaki itu sebaliknya membalas dengan ucapan terima kasih.

“Saya nikahkan kamu dengan anak saya, Nurul Amalia dengan mas kahwin emas 20 gram beserta peralatan solat, dibayar tunai,” kata bapa pengantin perempuan.

“Bismillahirrahmanirrahim, terima kasih,” jawab pengantin lelaki itu.

Tetamu yang hadir dilihat terkejut, namun lalu ketawa menyaksikan insiden tersebut. 

Saya boleh bayangkan betapa berdebarnya dia.

0/komen