Vivo V25 Dan V25e Dilancarkan Di Malaysia


Vivo V25 dan Vivo V25e telah diperkenalkan secara rasmi dengan rekaan yang sama dan kebolehan tubuh yang berubah warna. Di samping, perkakasan dalaman berbeza bagi menambah elemen yang tersendiri.

Vivo V25 dijual pada RM1,799 dengan hadiah percuma bernilai hingga RM577. Sementara itu, Vivo V25e pula berharga RM1,399 dengan hadiah percuma bernilai hingga RM547 yang disertakan bersama. Sesi pratempah telah dibuka bermula hari ini – 2 September 2022 menerusi kedai atas talian rasmi Vivo di Lazada, Shopee dan pengedar sah mereka di seluruh Malaysia.

Vivo V25 5G menggunakan skrin 6.44-inci OLED beresolusi FHD+ (2404 × 1080 piksel) dan kadar segar semula 90Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 900, memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Turut disertakan adalah bateri 4,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 44W FlashCharge.

Sistem kamera utama terdiri dengan 64MP (OIS) (utama) + 8MP (Sudut-lebar) + 2MP (Super Makro), manakala kamera hadapan pula 50MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah sokongan Game Boost Mode, port sambungan USB-C, NFC, Bluetooth 5.2, Wi-Fi 2.4GHz / 5GHz dan pengimbas cap jari pada skrin.



Vivo V25e pula dilengkapi skrin 6.44-inci OLED beresolusi FHD+ (2404 x 1080 piksel). Turut disertakan adalah cip MediaTek Helio G99, memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Kapasiti bateri pula sebesar 4,500mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 44W FlashCharge.

Kamera utama yang digunakan terdiri dengan 64MP (OIS) (utama) + 2MP (bokeh) + 2MP (makro) dan kamera swafoto pula sebesar 32MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah sokongan Game Boost Mode, port sambungan USB-C, Bluetooth 5.2, Wi-Fi 2.4GHz/5GHz dan pengimbas cap jari sisi pada skrin.
 

0/komen