Vivo Y16 Di Perkenalkan


Vivo Y16 telah diperkenalkan sekaligus menjadi penawaran terkini buat siri berkenaan. Ia merupakan sebuah telefon pintar Android kelas permulaan menerusi penggunaan cip MediaTek Helio P35.

Skrin IPS LCD sebesar 6.51-inci turut digunakan dengan resolusi HD+ (1600 X 720 piksel). Ia kemudiannya dipadankan dengan memori 4GB RAM, storan 128GB (sokongan kad mikro SD sehingga 1TB) dan bateri sebesar 5000mAh. Kamera utama di bahagian belakang menggabungkan sensor 13MP (utama) + 2MP (makro) dan kamera swafoto pula sebesar 5 MP.


Turut disertakan ialah sambungan port USB-C, pengimbas cap jari terbina pada butang kuasa, Bluetooth 5.0 dan menjalankan Funtouch OS 12 berasaskan Android 12. Di Hong Kong, Vivo Y16 dijual pada harga HKD1,098 (RM625) dalam pilihan warna tellar Black dan Drizzling Gold.
 

0/komen