
Seorang wanita dipuji kerana membatalkan perkahwinan selepas tunangnya menukar semua pilihan makanan vegan dalam menu untuk tetamu tanpa pengetahuannya.
Tunangnya, 31 dan beliau, 25, mereka akan berkahwin tidak lama lagi. Tidak banyak perselisihan antara mereka kecuali soal makanan.
Beliau dan keluarganya adalah vegetarian dan terdapat banyak sebab mereka memilih gaya hidup ini. Salah satunya adalah kerana mereka mempunyai sejarah masalah kesihatan.
Menurut wanita itu lagi,tunangnya dan keluarganya adalah sebaliknya. Mereka pemakan daging tegar dan beliau menerima seadanya.
Wanita itu mahu menambah empat atau lima pilihan vegan pada menu, tetapi tunangnya membantah dan mengatakan ia adalah ‘membazir wang’ dan ‘bukan makanan sebenar’.
Pada hari lain, beliau mendapat tahu tunangnya telah membatalkan semua pilihan vegan daripada menu tanpa pengetahuannya. Beliau menelefonnya di tempat kerja tetapi dia tidak menjawab panggilan.
Beliau terus ke tempat kerjanya dan bersemuka dengannya. Dia pada mulanya berkata itu adalah idea ibunya sebelum menyuruh beliau pulang.
Wanita itu menerangkan bagaimana pergaduhan itu kemudiannya berterusan di rumah.
Wanita itu mengatakan bahawa ibu tunangnya menghantar mesej untuk mempertahankan keputusan anaknya.
Wanita itu mengatakan bahawa perbincangan mereka ‘tidak berjalan lancar’ dan perkahwinan itu telah dibatalkan
Catat Ulasan