ZTE Blade A72 5G Di Malaysia


 ZTE Blade A72 5G telah diperkenalkan di Malaysia dengan tanda harga RM849 sebuah. Ia merupakan model kemas kini untuk ZTE Blade A72 4G yang diumumkan sebelum ini. Bagi yang berminat, ia boleh didapati menerusi kedai atas talian rasmi ZTE di Lazada dan Shopee.

ZTE Blade A72 5G dilengkapi skrin 6.52-inci IPS LCD HD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 700, memori 4GB RAM dan storan dalaman 64GB dan bateri 4000mAh. Turut disertakan adalah kamera utama 13MP + 2MP + 2MP dan kamera hadapan 5MP.

0/komen