Apple iPhone 14, iPhone 14 Pro Dan iPhone 14 Pro Max Kini Di Malaysia


Apple kini telah mula menjual tiga telefon pintar dibawah siri iPhone 14 untuk pasaran Malaysia, iaitu iPhone 14, iPhone 14 Pro dan juga iPhone 14 Pro Max.

iPhone 14 merupakan kemaskini kepada model iPhone 13 sebelum ini, sementara model iPhone Pro kali ini membawakan perubahan drastik dengan sokongan skrin berlubang yang dilengkapi perisian dinamakan Dynamic Island.

Selain daripada itu, model Pro juga turut menyertakan sokongan kamera lebih berkuasa, serta kemaskini kepada CPU, dan beberapa ciri lain menarik bersama dengannya.

Di Malaysia, ia sudah boleh dibeli secara berasingan, ataupun melalui pakej telekomunikasi daripada sejumlah syarikat, termasuk Maxis, Celcom, Digi dan U Mobile. Berikut merupakan harga jualan iPhone di Malaysia:

iPhone 14

iPhone 14 128GB – RM4199
iPhone 14 256GB – RM4699
iPhone 14 512GB – RM5699
iPhone 14 Pro

iPhone 14 Pro 128GB – RM5299
iPhone 14 Pro 256GB – RM5799
iPhone 14 Pro 512GB – RM6799
iPhone 14 Pro 1TB – RM7799
iPhone 14 Pro Max

iPhone 14 Pro Max 128GB – RM5799
iPhone 14 Pro Max 256GB – RM6299
iPhone 14 Pro Max 512GB – RM7299
iPhone 14 Pro Max 1TB – RM8299

0/komen