
Seorang kanak-kanak di New Zealand terkejut apabila menemui seekor cacing tanah yang mempunyai ukuran panjang sama seperti budak berusia lima tahun.
Barnaby Domigan, 9, di lihat memegang cacing tanah itu selepas menemuinya di kawasan sungai dekat rumah mereka.
Dia amat terkejut dan teruja kerana cacing itu sangat besar.
Barnaby ketika itu, bermain di kawasan luar rumah bersama adik-beradiknya. Dia memasuki kawasan gigi air untuk melihat sekiranya terdapat sesuatu yang menarik perhatiannya.
Menurut kata ibunya, Jo, Apabila terlihat cacing gergasi itu, Barnaby menggunakan sebatang kayu untuk menariknya keluar.
Tambah Jo, mereka tidak mengukur panjang cacing tersebut, namun ia mungkin sepanjang kedua-dua tangan Barnaby.
Justeru, beliau menganggarkan cacing itu sepanjang satu meter.
Barnaby berhasrat untuk menyimpan haiwan itu, namun dia dan suaminya membuat keputusan untuk meletakkan kembali cacing tersebut ke lokasi asal ia ditemui.
Beliau memuat naik gambar Barnaby bersama cacing itu di Facebook, dan keesokan harinya, mereka mendapati ramai orang berminat dengan penemuan itu.
Terdapat beberapa spesies cacing tanah di New Zeland yang boleh membesar melebihi panjang 30 sentimeter.
Spesies terbesar, Spenceriella gigantea, dikatakan boleh membesar sehingga panjang 1.3 meter
Catat Ulasan