Cetak Resume Atas Kek Minta Kerja


Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS) menggunakan teknik unik bagi menghantar resume ke syarikat multinasional barangan sukan,  Nike apabila mencetaknya di atas sebiji kek.

Wanita itu,  Karly Pavlinac Blackburn mendedahkan tindakannya tentang pengalamannya memohon pekerjaan di Nike menggunakan sebiji kek.

Beberapa minggu lalu, beliau menghantar resume pekerjaan kepada Nike yang dicetak di atas sebiji kek yang boleh dimakan.

Menurutnya ,ia dihantar semasa Nike mengadakan majlis sambutan Hari Just Do It (JDI) yang dihadiri pemain terkemuka seperti LeBron James, Colin Kaepernick dan ramai lagi.

Dia juga berkata bahawa Nike  pada masa ini tidak membuka sebarang iklan jawatan kosong. Bagaimanapun,  Blackburn bertekad mahu Nike sedar akan kewujudan dan kesungguhan dirinya untuk diambil bekerja di sana.

Sejurus selepas mendapat idea mencetak resume pada kek dan menemui rakan penghantar yang sanggup bekerjasama ‘menerjah’ parti tanpa sebarang jemputan, idea Blackburn akhirnya menjadi kenyataan.

Namun tiada penjelasan sama ada pihak pengurusan Nike menyedari atau tidak kehadiran kek resume yang dihantar Blackburn semasa parti tersebut.
 

0/komen