Gajah Berdendam Tunggu Lelaki Lari Panjat Pokok


Seorang lelaki di India terpaksa menanggung seksa terperangkap di atas pokok selama satu setengah jam selepas dia dikejar kawanan gajah liar.

Lelaki dikenali sebagai Saji dari wilayah Idukki, negeri Kerala itu sedang dalam perjalanan menuju ke ladang apabila kawanan gajah liar mula mengejarnya.

Saji berjaya melarikan diri ke kawasan lapang sebelum memanjat sebatang pokok dan menunggu dengan harapan kawanan gajah liar itu akan berlalu pergi.

Namun, gajah-gajah  tersebut terus menunggu di bawah pokok yang memaksa Saji untuk tidak bergerak dari kedudukannya.

Saji cuba meminta tolong daripada  penduduk kampung yang lalu-lalang namun usaha mereka menghalau gajah itu tidak berhasil.

Akhirnya, salah seorang penduduk menghubungi pegawai perhilitan yang tiba di lokasi kejadian dan menggunakan mercun untuk menghalau gajah tersebut kembali ke hutan.

Saji akhirnya berjaya diturunkan dari puncak pokok selepas hampir dua jam terperangkap. 
 

0/komen