Ketumbuhan Seberat 45 Kg


Sepasukan doktor di Brazil berjaya mengeluarkan ketumbuhan seberat 45 kilogram (kg) dari rahim seorang wanita berusia 45 tahun.

Menurut ketua pakar pembedahan, Dr. Glaucio Boechet, pesakit dipercayai mempunyai ketumbuhan itu sejak lima tahun lalu.

Bagaimanapun, tiada sebab didedahkan tentang mengapa ia dibiarkan membesar dan tidak dibuang sebelum ini.

Pasukan pembedahan mengambil masa dua jam untuk mengeluarkan tumor yang tergantung di bahagian abdomen wanita itu.

Menurutnya lagi,ia adalah tumor terbesar yang pernah beliau keluarkan dari badan pesakit dan pastinya terbesar yang pernah diketahui oleh sesiapa sahaja.

Pesakit itu dimasukkan ke Hospital São José do Avai pada hari Rabu selepas dia melaporkan kesukaran bernafas.

Sekurang-kurangnya 14 doktor terlibat dalam pembedahan membuang benjolan itu.

Kos pembedahan ditanggung sepenuhnya oleh kemudahan perubatan dan sistem kesihatan awam yang dibiayai kerajaan Brazil.

Walaupun Boechat dan anggota pasukannya percaya bahawa tumor mungkin telah membesar dalam rahim wanita itu, ia akan mengambil masa kira-kira tiga minggu untuk mereka mendapatkan keputusan biopsi.

Pesakit kini berada dalam keadaan sihat, stabil, bernafas tanpa bantuan peranti, bercakap dan makan seperti biasa.
 

0/komen