Kalau batuk berpanjangan dan sà kit tekak, ambil sehelai daun ini, letak secubit garam, lipat, kunyah dan makanlah sampai habis, macam orang makan sirih. Insya Allah batuk dan sà kit tekak akan semakin baik..
Daun ini dikenali sebagai Daun Bangun Bangun dalam masyarakat Melayu atau mungkin ada lagi nama lain. Dalam masyarakat India pula, daun ini dikenali sebagai Karpuravalli. Nama saintifik bagi Karpuravalli adalah Plectranthus Amboinicus. Ia juga dikenali sebagai Coleus Amboinicus. Dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Borage India. Daunnya lembut dengan rasa astringen dari jus apabila dikunyah mentah. Khasiat daun bangun bangun antara lain adalah berkaitan masalah pernafasan dan batuk.
Bau daun bangun bangun memberi ketenangan kepada kita. Daunnya boleh dimakan mentah atau dibuat ulam. Menanamnya sangat mudah. Hanya patahkan tangkai dan cucuk di mana-mana kawasan rumah anda. Seeloknya di dalam pasu. Khasiat daun bangun bangun (karpuravalli) menyebabkan ianya sangat popular dan digunakan meluas untuk rawatan tradisional oleh masyarakat India dan Melayu.
Khasiat Daun Bangun Bangun (Karpuravalli)
Khasiat daun bangun bangun adalah untuk mengurangkan kesesakan pada hidung (ketat hidung), sakit tekak serta batuk. Daun ini juga merupakan ramuan yang digunakan untuk merawat asma (lelah) dan bronkitis. Bronkitis adalah penyakit yang berkaitan dengan paru-paru. Ada kajian mengatakan khasiat daun ini adalah berbanyakkan susu ibu yang sedang menyusu dan khasiat-khasiat lain. Anda hanya perlu mengamalkan meminum jusnya atau mengunyah daunnya sahaja.
cara guna daun bangun bangunBerkhasiat untuk merawat batuk dan selsema
Cara Penyediaan Jus
Sangat mudah untuk mendapatkan jusnya. Anda hanya perlu:
Ambil daun bangun bangun (karpuravalli) dan bersihkan
Masukkan sedikit garam ke dalam daun dan lipatkan
Tumbuk hingga hancur
masukkan ke dalam kain penuras dan dapatkan jusnya (perah) ke dalam sudu teh
Minum 2 kali sehari.
pokok bangun bangunKanak-kanak yang menghidap selsema boleh mencuba
Cara Makan Mentah
Daun ini juga boleh dimakan begitu sahaja. Sesetengah orang melayu gemar memakan bersama nasi iaitu dijadikan ulam. Sedap kalau dicicah sambal belacan atau budu bagi orang pantai timur. Cara makan mentah:
Dapatkan daun karpuravalli dan bersihkan
Masukkan sedikit garam dan lipatkan
Kunyah hingga habis.
Sesuai juga untuk kanak-kanak yang mengalami masalah batuk dan selsema. Semoga anda mendapat manfaat dengan perkongsian ini. Kongsikan dengan keluarga anda atau kawan-kawan.
SILA BERJUMPA DOKTOR JIKA SAKIT ANDA ATAU ANAK ANDA BERLARUTAN.
Catat Ulasan