Lelaki Diberi Nama Alhamdulillah


Seorang lelaki di wilayah Sumatera Selatan menjadi tular kerana memiliki nama yang unik iaitu Alhamdulillah bin Sulaiman.

Lelaki berasal dari kabupaten Pali itu memberitahu, ramai yang tidak percaya bahawa nama sebenarnya ialah Alhamdulillah sehingga dia terpaksa menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti.

Selain orang biasa, polis juga tidak percaya bahawa nama saya ialah Alhamdulillah dan kerap  dituduh cuba mempermainkan pihak berkuasa.

Apabila mereka melihat kad pengenalan, barulah terbukti memang itu namanya.

Tambah pemuda berusia 23 tahun itu, ibu bapanya menamakan dia Alhamdulillah sebagai tanda syukur kerana diberi rezeki anak lelaki selepas berulang kali dikurniakan anak perempuan.

Sebaik sahaja ibu bapa mengetahui jantina beliau selepas dilahirkan, mereka sepakat menamakannya  Alhamdulillah kerana bersyukur kepada Allah yang memberi peluang menimang anak lelaki.
 

0/komen