Menyesal Menang Loteri RM14 Juta


Seorang pemandu beca berenjin di negeri Kerala, India, mengaku menyesal memenangi wang loteri yang banyak selepas dia kerap diganggu oleh orang ramai yang meminta wang.

Lelaki dikenali sebagai Anoop itu memenangi wang loteri berjumlah £2.9 juta (RM14.2 juta) pada 18 September lalu.

Keterujaannya bagaimanapun tidak bertahan lama apabila dia menerima perhatian melampau daripada media yang datang ke rumahnya serta orang ramai meminta wang daripadanya sekali pun dia tidak mengenali mereka.

Beliau  berharap dia tidak menang wang itu. Hadiah tempat ketiga mungkin lebih baik.

Beliau amat gembira apabila menang dan terdapat ramai orang dan pihak media di rumah. Dia gembira ketika itu.

Bagaimanapun, keadaan berubah buatnya apabila perhatian berlebihan pihak media menyebabkan pintu rumahnya sering diketuk setiap pagi.

Hidup beliau tidak lagi tenteram kerana rumahnya  sering didatangi oleh orang ramai yang meminta wang daripadanya untuk membantu mereka.

Beliau terpaksa bertukar-tukar tempat tinggal. Beliau tinggal di rumah saudara perempuan,  namun orang tetap tahu alamat rumah itu.

Sementara itu, isteri Anoop, Maya berkata, orang ramai beratur di hadapan rumah mereka dengan ada yang datang dari serata lokasi di Kerala termasuk Tamil Nadu.
 

0/komen