MSI Mengemaskini SSD SPATIUM Dengan Pilihan PCIe 5.0


MSI dilihat mengemaskini siri storan SPATIUM tersebut dengan storan MSI SPATIUM M570 PCIe 5.0 yang bukan sahaja tampil dengan rekaan menarik, tetapi juga pilihan storan yang besar dan banyak dan kelajuan pembacaan dan penulisan data yang pantas.

Bermula dengan rekaan storan SPATIUM M570 ini, ia hadir dalam saiz M.2 2280 dengan bongkah penyejukan yang diperbuat daripada tembaga untuk menyejukkan cip-cip storan yang terbina. Ia juga hadir dengan pilihan storan 1TB, 2TB dan 4TB untuk mereka yang mahukan storan yang banyak dalam jumlah SSD yang sedikit.


Storan SPATIUM 570 ini juga hadir dengan kadar pembacaan dan penulisan data 12,000MB/s dan 10,000MB/s, 1.5 kali lebih pantas berbanding kelajuan storan PCIe 4.0 sebelum ini.

Storan ini boleh dipadankan bersama sama papan-papan induk Intel Z690, Z790 dan AMD X670 yang kesemuanya hadir dengan sokongan untuk storan PCIe 5.0. Buat masa ini MSI masih belum mengumumkan bilakah storan ini akan mula dijual


0/komen