Beratus-ratus peneroka haram Yahudi yang dilindungi polis pengganas Israel merempuh masuk kawasan Masjid Al-Aqsa pada hari kedua berturut-turut menjelang sambutan tahun baharu Rosh Hashanah.
Berpuluh-puluh lelaki dan wanita Palestin kekal di dalam Al-Aqsa untuk mempertahankannya ketika polis pengganas Israel menghalang individu berusia bawah 40 tahun daripada masuk ke masjid tersebut. Polis Pengganas Israel turut mengerahkan unit berkuda selain menggunakan dron untuk mengawasi tempat suci itu.
Meskipun pekarangan Al-Aqsa masih dibawah perintah sekatan, berpuluh-puluh orang Islam sempat menunaikan solat subuh sejurus sebelum peneroka haram Yahudi menyerbu masuk.
Sekurang-kurangnya dua warga Palestin yang berada di pekarangan masjid Al-Aqsa ditahan kerana melaungkan ungkapan keagamaan untuk mengganggu peneroka haram Yahudi ketika mereka melakukan ritual tahun baharu di pekarangan Al-Aqsa.
Seorang pegawai keselamatan Palestin berkata, polis pengganas Israel telah ditempatkan dalam jumlah besar di seluruh Baitulmuqaddis Timur dan melarang penduduk Palestin daripada memasuki masjid itu sebagai sebahagian daripada taktik untuk menghalang protes.
Menurutnya ,jumlah polis Israel dan peneroka haram yang menceroboh pekarangan Al-Aqsa adalah sama ramai dan ini mencerminkan sejauh mana langkah berjaga-jaga diambil oleh Rejim Zionis untuk ‘menjayakan’ pencerobohan itu.
Operasi besar polis pengganas itu juga bertujuan menghalang rakyat Palestin daripada membenarkan anak-anak mereka pergi ke Masjid Al-Aqsa.
Namun, Rejim Pengganas Zionis telah diberi amaran bahawa keadaan boleh bertukar ‘panas’ jika ada penduduk Palestin diserang atau dibunuh oleh polis Pengganas Israel.
Polis Pengganas Israel juga tidak meminta penyelarasan dengan perkhidmatan keselamatan Palestin sebelum mengiringi peneroka haram untuk melaksanakan upacara ibadat mereka, tambah pegawai sama.
Kementerian Luar Palestin berkata, tindakan Rejim Pengganas Zionis mengubah pekarangan Al-Aqsa menjadi ‘berek tentera’ dan mengenakan sekatan ke atas umat Islam adalah seperti menduduki semula kota suci Baitulmuqaddis serta kota lamanya secara kekerasan.
Menurutnya, tindakan pengganas Israel adalah percubaan untuk mengubah Masjid Al-Aqsa menjadi pusat ibadat Yahudi secara perlahan-lahan sambil, manakala langkah sedemikian adalah serangan jelas dan nyata terhadap kepercayaan berjuta-juta umat Islam.
Catat Ulasan