Roti Syiling 10 Yen


Trend makanan baharu menarik tumpuan ramai penduduk di ibu negara Jepun, Tokyo berupa roti berbentuk duit syiling 10 yen (RM0.30).

Makanan itu pada asalnya popular di Korea Selatan yang dihasilkan berbentuk bulat seperti duit syiling 10 won (RM.03) dan dipanggil ‘Roti Emas 10-won’.

Roti itu kini dijual di Jepun pada harga 500 yen (RM16).

Penjualan roti tersebut di Jepun dikatakan mendapat permintaan ramai sejak kemunculannya awal bulan ini walaupun ditawarkan pada harga yang lebih mahal berbanding di Korea Selatan iaitu sekitar 300 yen (RM9.60).

Trend makanan itu lebih besar dan berkesan berbanding jangkaannya  apabila menarik pandangan orang ramai ketika pembeli memakannya di luar bangunan.

Pembeli akan menaikmati kelazatan rasa keju di tengah roti, doh yang rangup, rasa manis dan kenyal yang menghasilkan gabungan tekstur dan perisa lazat.

Lebih menyeronokkan apabila keju yang dimakan boleh ditarik panjang seperti roti corn dog dari Korea Selatan. 
 

0/komen