Fairul Asni Hamzah terkejut apabila menerima notifikasi daripada bank berhubung beberapa transaksi melibatkan akaun simpanannya sehingga lebih RM5,000.
Lebih mengecewakan, wang yang dikumpul untuk membayar segala keperluan dan hutang kini berbaki RM1.97.
Menurutnya ,beliau rasa macam hendak menangis , nak tergelak dan rasa kecewa pun ada, sampai tinggal banyak itu sahaja (RM1.97) scammer itu kebas, sekurang-kurangnya tinggallah (baki) RM50 ke RM20.
Sebelum akaun simpanannya digodam, dia dihubungi seorang individu menerusi aplikasi WhatsApp yang memaklumkan nombor telefonnya tersalah tulis pada maklumat penjual di sebuah platform e-dagang.
Individu berkenaan kemudian meminta Fairul Asni untuk memberikan butiran notifakasi yang diterima dengan pelbagai alasan.
Akhirnya lesap duit dalam bank sebanyak RM5,444. Tidur tak lena mengenangkan duit yang beliau baru masukkan untuk membayar sewa kedai dan lain-lain pada 1 Oktober ini.
Sebelum duit lesap di dalam bank, ada beberapa individu menghantar WhatsApp menggunakan nombor yang tidak dikenali kepada beliau.
Pengguna Facebook itu turut berkongsi tangkap layar perbualannya dengan seorang individu tidak dikenalinya menerusi kiriman WhatsApp.
Difahamkan, Fairul Asni membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Catat Ulasan